Formula Mendapat Keampunan Allah Di Fasa Pertengahan Ramadhan

 

  • Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran – 133-135]

Kini, kita telah pun berada dipertengahan Ramadhan.. [Bulan yg pada awalnya RAHMAT.. pertengahannya KEAMPUNAN.. dan akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA]  – Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita dengan peluang ini.

 

Bersamalah kita ikhwah/at berusaha membersihkan diri kita dari sebarang kotoran dosa yang sememangnya banyak melekat pada diri kita, hari-hari yang dipenuhi RAHMAT telahpun berlalu.. Janganlah pula kita menjadi golongan yang binasa kerana terlepas daripada peluang mendapat pengampunan Allah ini.. [Binasa dan rugilah.. mereka yang sempat dengan Ramadhan.. tetapi tidak mendapat pengampunan Allah]

 

Formula mendapat keampunan Allah..

 

Image1. Menghidupkan Ramadhan dengan keimanan & pengharapan

 

[Siapa yang menghidupkan (memenuhkannya dengan amal) Ramadhan, dengan penuh keimanan serta pengharapan (kepada keredhaan Allah).. Maka diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu]

  • Perbaikilah kualiti puasa kita

  • Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran

  • Banyakkan bersedekah

  • Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail

2. Mengampunkan segala kesalahan orang lain kepada kita

[..berikanlah keampunan.. kemaafan.. Tidakkah kamu suka agar Allah mengampunkan kamu ? Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi memberi rahmat]

  • Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda

  • Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda

  • Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya

3. Sedekah boleh membawa pengampunan

[Dan jika kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, nescaya Allah akan menggandakan balasanNya serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat)]

  • Pastikan ikhwah/at ada bersedekah w`pun sedikit pada setiap hari Ramadhan

  • Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin..

4. Istighfar pada waktu sahur

Banyakkanlah istighfar ikhwah/at pada bulan ini.. [Sesungguhnya hait-haii manusia itu berkarat ibarat tembaga, dan pengilatnya adalah Istighfar].

Terutama pada waktu-waktu sahur (2/3 malam). Terdapat dua kali di dalam al Quran, Allah memuji mereka yang beristighfar pada waktu sahur.. al Zariyat, ayat 18 dan juga Ali Imran, ayat 17.

  • Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita

  • Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua ikhwah/at kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin…Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s